Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Wednesday, October 28, 2009

Monday, October 26, 2009

say no to pakatan rakyat

Bangkit la melayu

Moral of the story 'renung-renungkanla h...selamat beramal

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju

Ayat mengancam dari bf

Hello sayang…


Kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi… janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui… abg tersangatlah rindu kat sayang… walaupun muka abg ni agak macho dan comel… janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating…. biasa la tuh…
Apa… tak muat…??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi… apsal la tak muat pulaks… janganlah sayang risau… duit cincin yang sayang bayarkan tadi… esok-esok abg bayarla balik kat sayang… sayang pun sedia maklum… abg bukannya takde duit… tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg… RAM pun abg dah beli yg baru… tambah lagi sekeping… kasi power sikit… tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh…
Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer… melompat longkang depan kedai apek tu tadi… tanpa menunggu sayang melintas titi… bukan abg tak gentleman… tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana… maafkan abg… tobat… lain kali abg tak buat lagi…


Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi… sorry la… abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh… soksek… soksek… masa sayang gi toilet… tak perasan pulak… dah abih… sedaaaaaaappppp…!!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu… janganla merajuk lama lama…
Oh yaa…!! henset kita ni kita tukar dulu la yee… abg pinjam jaap henset sayang… nanti abg tukaq la balik… sayangkan ader handbag besar… senang nak simpan henset abg yg besar tu… Hehehehe…! henset sayang kecik… buleh abg simpan dalam kocek abg…
Betuuuul…! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh… abg ingat la kan… cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la… pasal tu la tiket dah abis… lagi satu… sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hari raya aritu… kira pinjam terus la yee… boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok… bukan abg tak nak beli baru… tapi sayang la… benda elok lagi… buat apa nak beli baru kannn… tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks… ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain…


Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop… ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi… jadi Gen2 sayang ni… kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje… sayang bukan tak tau… tempat keje abg kan jauh… sayang pergi keje naik LRT pun bolehh…!
Lagi satuu… besok sampai kat opis sayang nanti… sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye… bukan apa… Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii… motor kapcai abg pun tak camni…
Okeyla sayang…dah cakap lama ni… jgn lupa top up kan prepaid abg nii… esok2 senang abg nak call sayang lagi…
bye-byee….

Biodata Iblis

Nama :Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran :Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.
Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri :Fasik kelas pertama
Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama :Kufur.
Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat :Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat
Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia :Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan…Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan :Angan-angan kosong
Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan :Pasar-pasar
Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji :Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya :Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang :Sebarang tatu

Saturday, October 24, 2009

ayat 14 dan 15

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) [14].
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan [15].

Thursday, October 22, 2009

Nasihat Luqman al-Hakim

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji [12].
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"[13].


Pengajaran dari ayat;
- Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup
- Berakhlak mulia adalah identiti umat Islam
- Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibubapa
- Orang yang beriman akan berwaspada dan menjaga diri daripada melakukan
perkara yang merosakkan iman
- Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibu bapa
- Kesabaran amat penting dalam kehidupan ketika melaksanakan ibadat