Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sunday, April 19, 2009

Lubang gergasi bumi






PASTI ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.
Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.
"Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.
"Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini," ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.
White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.
"Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, 'lembah' itu tidak mempunyai jalan keluar," ujar White.
Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil's Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.
Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.
Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.
Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.
Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.
Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.
Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Air membentuk kaviti
Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.
"Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi," terangnya.
selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.
Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.
Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.
Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.
"Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku," ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

Thursday, April 16, 2009

Wednesday, April 15, 2009

Porto 0 United 1

United will face Arsenal in an all-English Champions League semi-final, after the Reds became the first English team to beat Porto in the Estadio do Dragao.

It took something special: a quite breathtaking 40-yard strike from Cristiano Ronaldo which, allied to a first clean sheet in six games, took the holders into the final four. Indeed, it would have been the Reds' defensive resolve which would have pleased Sir Alex Ferguson most, as the return of Rio Ferdinand brought an assuredness to the champions and restricted the dangerous hosts to but a handful of opportunities.

Following last week's 2-2 first-leg draw, Porto went into the match with a crucial away-goal advantage. That was tellingly overturned inside six minutes of an imposing second encounter. Had Sir Alex been asked to draw a blueprint of his perfect start, it wouldn't have been too far removed from what actually transpired.

The Reds were already looking confident when Anderson slipped a pass to Ronaldo, but the winger's ambition beggared belief. Having received the ball just inside the hosts' half, Ronaldo took a touch to set himself and arrowed an unstoppable effort into Helton's top corner. The ball travelled 40 yards to the goal, but the Brazilian goalkeeper could get nowhere near it.

A Sporting Lisbon export, Ronaldo was predictably jeered from the first whistle by the blue and white clad hordes in the stands. Suddenly, he had provoked silence on every side of the Estadio do Dragao - bar, of course, the sizeable pocket of writhing, jubilant United fans behind the opposite goal.

The Reds' approach to the game mirrored that of Porto in the first leg: dominant, with the hosts completely on the back foot. Indeed, it took 20 minutes for the Portuguese champions

Thursday, April 2, 2009

Salsabila



Yasin (Yasin & Farihin Abdul Fattah / Yasin)



Salsabila... buatku gembira
Salsabila... sayang sentiasa
Salsabila... ditimang dimanja
Disayang sentiasa kaulah segalanya

Menangis semalaman tak mengapa
Kau Salsabila dikasihi semua
Numi ya hubbi ma tibki
Ya tal gharami
Mahbub ya ghali

Ku hadiahkan kasihku setulusnya
Buatmu Salsabila
Ku pertaruhkan nyawa

Tidurlah sayang pejamkan mata
Tidurlah tak mengapa
Di sini ku ada
Ibarat kain putih yang tiada noda

Dilahirkan di dunia
Agar menjadi manusia mulia
Ku damba melihatmu bahagia
Berperibadi sempurna
Harungi dunia yang gila

Monday, March 30, 2009




OAG - Biru Lirik :-
Apakah ini semua
Dari awal hingga akhirnya
Yang tak menentu… kau terseksa
Ku terharu… memandangnya

Terangkanlah untuk dia
Terangkanlah untukku
Kerna ku tak selalu menghampirimu
Dan selalu

Oh… Inikah yang kuterima
Kau berlalu tanpa suara
Pandanganmu… pandangannya
Menembusi bayanganku

Ohh… Oh… Oh… Oh…
Ohh… Oh… Oh… Oh…

Haru haru haru
Haru haru haru uuu
Haru haru haru
Haru haru haru uuu

Haruuu… Biruuu…
Haruuu… Biruuu…

Friday, March 6, 2009

Kampung Kita

Photobucket
get code here



Photobucket
get code here


Photobucket
get code here


Photobucket
get code here





Ini ceritra tentang Orang Kurang Upaya yang cuba berdikari dalam kehidupan dia

cerita ini banyak memberi pengajaran kepada kita

selamat menonton????