Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Thursday, January 6, 2011

Lambakan drama negara jiran ...

Pada era awal 80-an, industri seni meriah dengan karya tempatan. Tidak hanya industri muzik, malah filem dan drama banyak mendominasi stesen TV tempatan. Persaingan di antara pengarah dan penerbit bagaikan memberi ruang dan peluang mereka menunjukkan kelebihan masing-masing.

Namun, dalam tempoh dua dekad ini, drama-drama luar mula mendapat tempat dan semakin rancak disiarkan. Daripada siri kartun, hingga drama Jepun, slot TV tempatan mula dikuasai siri-siri telenovela dari Amerika Latin, Korea, dan yang terkini, Sinetron dari Indonesia.

Apabila bercerita mengenai lambakan drama Indonesia atau nama sisinya sinetron, pasti ramai yang menggeleng kepala tanda tidak mahu terus menerus dijamu dengan santapan sebegini. Slot yang ditayangkan pada waktu puncak ini membuatkan penggiat seni tempatan rasa tersepit di negara sendiri.

Diajukan pertanyaan sampai bila sinetron ini mahu dipertontonkan, pihak stesen TV dengan mudah memberikan tagline ia ‘pilihan suka ramai’. Apa lagi mahu diterjemahkan?

Habis punah harapan penggiat seni tempatan yang tidak henti-henti mengerah keringat menghasilkan drama-drama yang dirasakan bermutu untuk disajikan kepada penonton. Setelah naskhah siap dan dihantar ke syarikat penerbitan TV, menunggu dan terus menunggu, akhirnya tiada slot yang sesuai untuk mereka. Semuanya disapu oleh sinetron ini.

Namun jika diperhatikan, pihak RTM sudah berjaya mengurangkan malah tidak lagi kelihatan sepanjang tempoh dua bulan ini sinetron di saluran TV1 dan TV2. Hanya stesen radio swasta serta saluran berbayar yang asik menayangkan tanpa mempedulikan rasa muak di kalangan penonton.

Tidak juga dinafikan, ada sinetron yang berjaya mendidik masyarakat dengan nilai murni serta penyampaian nasihat agama kepada umum, tetapi tidak adakah naskhah anak tempatan yang wajar diangkat untuk dijadikan sebagai panduan kepada penonton?

Apa pula pandangan mereka penerbit drama dan juga pengarah apabila mereka seolah-olah di anak tiri oleh stesen TV di negara sendiri?

No comments: