Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Tuesday, July 12, 2011

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!See More
By: Abdul Shukur Mohamad

Saturday, June 18, 2011

Man United's fixtures for the 2011-12 Premier League season Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2004382/Manchester-Uniteds-f




Here are all Manchester United's matches for the forthcoming Barclays Premier League season...

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2004382/Manchester-Uniteds-fixtures--2011-12-Premier-League-season.html#ixzz1Pck2yDgQ


Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM



Satu Soalan Buat Hawa. Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue. Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous. Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. s...tylo. Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW. *** Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia? Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga? Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden? Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas? Baca ni ; Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup. Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak? Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~ "Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT See More
By: Semerdu Kalam Seindah Islam

Saturday, June 11, 2011

Pokok – Meet Uncle Hussain



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh



Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Kotarayaku



Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu


Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur


Oh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *******
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur



Aku rehat sebentar di kaki lima
Yang jadi riba melayan minda
Aku sedar kota sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Hayatilah bait-bait lagu diatas. semoga kita tabah menghadapi kehidupan yang mencabar di KOTARAYAKU.

Wednesday, May 18, 2011

Sokongan terhadap Nik Aziz semakin menurun

Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian

KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.

Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.

"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.

“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.

Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research

* Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
* Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
* Datuk Awang Adek – 9 peratus
* Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
* Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
* Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
* Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/05/19
Datuk Nik Aziz Nik Mat

Isu hadiah hari guru - Berlapang dada...

Pemberian hadiah sempena sambutan hari guru yang lalu mendapat reaksi yang pelbagai daripada guru-guru seluruh tanahair.



Beberapa hari sebelum 16 Mei menjelma, dikeluarkan kenyataan bahawa guru akan menerima hadiah yang istimewa sempena hari guru. Apabila tiba masanya hadiah yang diwar-warkan itu mengecewakan hampir keseluruhan warga pendidik. Penambahbaikan kenaikkan pangkat itu hanya dinikmati oleh segelintir pendidik dan kebanyakkannya berstatus pentadbir. Hal ini mengecewakan ramai guru yang mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu. Ada juga kumpulan-kumpulan tertentu mendakwa bahawa mereka tidak langsung dihargai dan diberi perhatian.



Hadiah tersebut merupakan penambahan laluan kenaikkan pangkat guru melalui beberapa anugerah sehingga ke gred 54. Begitu juga dengan beberapa 'naik taraf' gred pengetua (tidak termasuk guru besar) dan penolong kanan yang tidak menyeluruh. Keterangan yang lebih jelas mungkin akan dikeluarkan melalui pekeliling perkhidmatan yang akan datang. Situasi tidak menyeluruh inilah yang membangkitkan rasa tidak puas hati kalangan guru.



Kerajaan pula mendakwa walaupun terpaksa mengawal defisit dan perbelanjaan negara masih mendengar keluh kesah warga pendidik. Kenyataan ini seolah-olah bertentangan dengan laporan-laporan di media yang hampir saban hari menyiarkan bahawa keadaan ekonomi berkembang positif, sasaran KDNK 5-6%, kemasukkan pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat serta pengukuhan ringgit berbanding dollar Amerika seolah-olah realiti ekonomi negara adalah sebaliknya.



Penulis turut berasa kecewa sepertimana rakan seperjuangan yang lain. Harapan menggunung diletakkan dan hadiah yang diwar-warkan sekurang-kurangnya melegakan sedikit ketegangan dan tekanan akibat kenaikkan harga barang akhir-akhir ini. Tetapi, harapan tinggal harapan.



Namun penulis cuba melihat isu ini dari perspektif yang berbeza. Untuk jangkamasa panjang sebagai guru, penulis yakin dan percaya hadiah yang diberikan itu memberi peluang kepada penulis yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang berbaki lebih 20 tahun. Begitu juga bagi warga pendidik yang secara keseluruhannya masih mempunyai baki perkhidmatan yang hampir sama.



Tidak dapat dinafikan, situasi ini tidak memberi kelebihan kepada guru-guru senior yang telah lama berkhidmat. Paling tidak pun mereka hanya merasa tempiasnya sahaja sementara menunggu waktu pencen. Ia hanya memberi keuntungan kepada guru junior. Inilah adat orang berjuang. Kemanisannya hanya akan dirasai oleh generasi baru. Lihat saja contoh kemerdekaan. Mereka yang berjuang menuntut kemerdekaan hanya menikmati sedikit kemanisan kemerdekaan. Selebihnya dinikmati oleh generasi mendatang. Namun, penulis percaya nikmat kemenangan itu sudah cukup bagi mereka. Malah ia melebihi segala-galanya, mungkin.



Berlapang dadalah, mungkin ganjaran yang diterima bukan dalam bentuk ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Kepada guru-guru baru yang merasakan tidak ada pembelaan untuk gred mereka, apa yang anda perlukan ialah kesabaran. Waktu anda akan tiba. Janganlah merungut tidak tentu pasal sedangkan perkhidmtan baru setahun jagung. Anda pasti akan menikmatinya - dengan berkat usaha yang gigih.



Perjuangan tidak akan terhenti di sini. Berjuanglah menuntut hak kita. Jangan pula kerana isu ini nanti anak didik kita yang menjadi mangsa dek kerana terbawa-bawa kemarahan selepas 16 Mei 2011. Berjuang pula untuk 16 Mei 2012.





shukor

2240

18 Mei 2011