Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Friday, February 20, 2009

AKU, aku, ku

Asalamualaikum kepada pembaca blog ini,
Setelah sekian lama blog ini wujud saya tidak pernah memperkenalkan diri saya ini. mungkin masa tu saya tidak bersedia lagi rasenya. tetapi pada kesempatan ini saya nak lah menceritakan serba sedikit tuan empunya blog ini.Nama saya tu kekal la rahsia, tpi boleh la panggil saya redghost. kenapa saya pilih nama ni ye? banyak sebabnya tapi tak payah la saya nak menerangkan secara terperinci, cukup la tahu yang nama ni sebenarnya adalah berasal dari perkataan RED DEVIL . kalau sapa-sapa peminat manchester united tau la. tapi disebabkan devil itu tidak sesuai digunakan jadi saya tukar la pada ghost ( hantu ). nampak lebih molek la sikit.melayu la katakan. buat pembaca saya ni adalah penyokong MU, Boleh dikatakan setiap game mu saya tak penah ketinggalan. ok la seterusnya saya ni berasal dari satu negeri di selatan. negeri ni memang terkenal dengan sejarah peradabanya di seluruh dunia. Pastu banyak lak tempat bersejarah, sampai jem kalau nak masuk bandar kat negeri tu. saya sekarang studi lagi kat salah satu universiti kat malaysia ni. Jurusan tu adalah ? tapi ia lebih pada pengajaran.

Boleh dikatakan, sejak saya masuk ni banyak benda berubah, terutamanya diri saya ni. bukan kejutan budaya??? tpi perubahan yang membawa saya naik kesatu tingkat yang lebih tinggi. kadang kala saya tak percaya tetapi tu la realitinya.selain tu gaya hidup saya pun dah berubah, dimana saya lebih berfikiran terbuka,aktif dan dapat melihat dunia ini dari pelbagai sudut.tapi peningkatan ini turut juga membawa beberapa pekara yang negatif di dalam diri saya ini. salah satu tekanan yang tinggi dan tangungjawab yang perlu dipikul itu berasa amat berat sekali. tetapi ini la dinamakan kehidupan.

seterusnya saya nak la cerita sikit tentang keadaan saya sikit. saya seorang yang pemalu dan tidak lagi mempunyai awek. "hahahaha???" saya seorang yang suka becakap tentang sesuatu yang berasakan ilmu atau isu-isu semasa yang berlaku dipersekitaran saya.tak suka dipandang rendah dan sentiasa bersikap berubah-rubah (ikut mood). benda yang paling saya tak suka ialah orang yang tak menghormati orang lain, bersikap prejudis dan mementingkan diri dan seorang yang panas baran. ok la sampai sini la dulu nukilan saya ni. tapi jagan risau, ada sambungan nya.

No comments: