Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Tuesday, August 17, 2010

Lapar

Sejak dari kecil hingga besar aku merasai pelbagai jenis kelaparan. Apakah sebenarnya lapar ini? Keinginan semata-mata atau keperluan yang mesti dipenuhi tak kira tempat atau waktu?
Dulu pada waktu kecil apabila melihat kawan-kawan aku membeli macam-macam gula-gula, coklat dan keropok, aku pasti teringin. Setiap benda itu aku lihat seperti makanan yang amat sedap. Minda yang sewaktu kecil dengan ilmu yang cetek mendangkalkan fikiran ku untuk memikirkan apa yang aku rasa, lapar? Atau keinginan memiliki apa yang orang lain miliki?
Langsung perkara ini kembali ke soalan pertama. Apakah lapar ini keinginan memiliki sesuatu? Yang aku ingin klasifikasikan sebagai lapar hasil dari keinginan minda atau keinginan untuk menikmati sesuatu makanan yang aku tahu sedapnya, atau menarik dan nampak sedap hasil dari tarikan makanan itu sendiri? Atau.. kerana dari tubuh badan aku yang perlukan makanan sebagai keperluan menjana tubuh badan aku.
Macam-macam yang sering menjadi persoalan dan keraguan. Yang pertama pada aku hanyalah keinginan yang lahir dari rasa cemburu melihat yang lain dengan makanan. Manakala yang kedua adalah tarikan makanan itu sendiri yang membuat aku terasa lapar dan akhir sekali adalah keperluan aku kerana rasa lapar itu datang dari tubuh aku bukan hasil dari pemerhatian aku, kecemburuan aku dan tarikan ke atas sesuatu dan itulah lapar yang sebenar.
Lapar yang sebenar kini hanya mostly dapat dimiliki oleh penduduk-penduduk miskin di merata dunia, Afrika, Palestin, Bosnia dan merata lagi. Mereka inilah manusia yang lebih menghargai makanan dan kelaparan lebih dari insan yang mewah dengan pelbagai jenis makanan dan hdup dalam negara yang mempunyai berpuluh ribu industri makanan yang kian berkembang pesat mcam kita.
Sewaktu zaman Rasulullah S.A.W terdapat seorang doktor berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah dengan tujuan untuk merawat penyakit penduduk-penduduk Madinah. Namun setelah sebulan di Madinah, tiada sesiapa pun yang datang kepadanya. Hairan dengan perkara ini dia pergi ke bertanya kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah S.A.W penduduk Madinah mempunyai tabiat yang diajar oleh agama Islam. Sewaktu makan mereka berhenti sebelum mereka berasa kenyang (iaitu hanya menutup rasa lapar).
Aku memang setuju benar dengan tabiat ini. Makan hanya untuk menutup rasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Maka hanya keperluan sahaja yang dipenuhi dan bukan nafsu. Tidak terjadi obesiti, dan pelbagai perkara lagi kerana BERlebihan dalam pemakanan tidak terjadi hanyalah kerana kesederhanaan. Aku teringat sepotong ayat yang berkait dengan cara pemakanan.
“Yang bagus itu, makan untuk hidup, manakala yang teruk itu hidup untuk makan,”
Kata-kata yang simple namun mempunyai pelbagai maksud yang mendalam. So, selama bertahun kita hidup di dunia ini? Apakah yang kita penuhi? Keinginan atau pun keperluan? Dan apakah pilihan kita menjadi yang bagus atau yang teruk? Ya.. aku mendengar berbagai jawapan, hidup ini teruk dan kadang-kadang bila tension nak makan banyak-banyak, nak sambut something nak sambut dengan berbagai jenis lauk dan variasi jenis masakan benua-benua dunia tetapi, semuanya hanyalah keputusan diri sendiri. Memang kita menguasai langkah kita, namun bukan apa yang terhasil dari langkah kita itu. So, Jangan tepuk dada tanya selera, tapi tepuk pemikiran kita dan berfikir selojiknya. Apakah agama kita? Apakah cara makan kita? Jika pun kita tidak mampu berhenti sebelum kenyang pun sekurang-kurangnya bacalah Bismillahirrahmanirrahim sbelum makan dan sudahi dengan Alhamdulillah. Assalamulaikum.

No comments: