Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Monday, August 23, 2010

LGE dan Khutbah Jumaat – Mari buat Pusingan 'U'



Setelah berhari-hari membuat fitnah kononnya UMNO menjadi dalang pembohongan mengenai khutbah jumaat menggunakan nama LGE bagi menggantikan nama Yaag Dipertuan Agung, pengakuan Zakaria Ahmad semalam, bakal membuat semua media rasmi dan tak rasmi pembangkang terutamanya PAS membuat pusinga...n U atau kata orang putih U-Turn bagi menjustifikasikan tindakan tersebut pula. Kalau adik-adik yang baru nak belajar berpolitik tu nak tahu, inilah modus operandi PAS dari dulu sampai sekarang – tuduh bohong pada mulanya, kemudian pusing cerita untuk menjustifikasikan keadaan bila kebenaran terserlah.

Pusingan U itu sebenarnya telah bermula bila PAS pada awalnya menggunakan Mujahid Rawa yang lantang dan galak menuduh UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai berbohong disini kali ini menggunakan pula Ketua Pemudanya yang tidur dalam celik mengeluarkan kenyataan disini yang mana secara ringkas kali ini Nasrudin menyifatkan sebagai tidak menjadi kesalahan untuk mendoakan orang bukan Islam. Eh, ketua Pemuda PAS ini tidak belajar agamakah? Tidakkah tahu dia apa itu rukun Khutbah? Dimana dibenarkan mendoakan orang bukan Islam? Sahibul Samaah TS Harussaini Zakaria sebelum ini juga sudah mengatakan bahawa adalah HARAM hukumnya mendoakan bukan Islam di dalam Khutbah kedua Jumaat. Jika Nasrudin tidak jelas lagi, sila baca rukun khutbah yang dibawah:-

1. Puji-pujian kepada Allah Subhanahu wa Taala.
2. Selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu’min pada khutbah kedua.

Di dalam pengajian Nasrudin berdasarkan rukun di atas, dimanakah yang dibolehkan nama LGE didoakan? Kata Zakaria tujuan dia menyebut nama LGE itu ialah untuk mendoakan dia masuk Islam, maksudnya LGE belum lagi Islam maka itu tidaklah tergolong di dalam Rukun Ke 5 itu. Sungguh sesat dan dangkal jiwa pemimpin muda PAS ini sampaikan rukun pun hendak diubah suai mengikut citarasa dan selera politiknya. Dalam memerangi golongan munafikin PAS ini, kita perlu jelas bahawa yang dipersoalkan ialah kewajaran menggantikan nama YDPA dengan LGE di dalam khutbah kedua Jumaat tersebut. Kita tidak bercakap tentang hal-hal yang indirect sebaliknya secara spesifik merujuk kepada khutbah kedua yang masih dalam rangkuman rukun yang disebutkan di atas.

Sebenarnya. ada info yang kita dapat mengatakan PAS bakal menggerakkan lebih ramai pengikutnya bagi membuat lapuran polis menafikan kejadian khatib mendoakan LGE pada minggu ini. Kita percaya jumlahnya akan lebih ramai daripada yang membuat lapuran tempoh hari, nampaknya kecewalah PAS bila tuan punya badan sudah mengaku sendiri. Maksudnya bukan saja PAS malah Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga sudah dijadikan alat politik DAP bila terbukti siasatan yang dijalankan sebelum ini yang memutuskan perkara itu tidak berlaku, bercanggah dengan kenyataan oleh tuan punya badan yang buat angkara.

DAP anti raja, DAP anti melayu dan DAP anti Islam, ini semua kita dah tahu, cuma yang kita tak tahu dan sangka akan tahu bahawa PAS sanggup jadi dalang di sebalik usaha terancang DAP bagi membaiki imejnya sebagai pro komunis dan anti segala anti di atas di mata orang melayu. Sebenarnya kita ragu bila LGE kata tidak tahu mengenai namanya digunakan dalam khutbah jumaat sebab kita sedar tentang arahan-arahan bagi memuliakan imej DAP di kalangan orang melayu yang pernah didedahkan sebelum ini. Buat PAS, kalau sikit-sikit jadi balaci tu kita fahamlah pasal nama pun politik tapi kalau dah sanggup jadi kuda tunggangan ni apahal? Macam mana UMNO nak serah kepada PAS untuk jaga melayu seperti saranan Mujahid Rawa kalau PAS bukan setakat sanggup jadi kuda malah jadi anjing dan segala yang buruk kepada DAP?

Bertaubatlah PAS.

sumber : mykmu.net

No comments: