Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Tuesday, June 16, 2009

Gajet yang canggih zaman ni

kalau tengok gambar kat bawah ni semua orang mesti dah tau,
yang iphone adalah gajet yang paling maju sekali
aku minat gak benda ni
tapi harga die boleh tahan gak




satu ni leh mencecah RM 2500 hingga RM 3000
mahal tu, tapi kalau dah minat beli je la
korek duit bank sampai kering,,,,,
tapi model Nokia ni ok gak
same je lebih kurang cam iphone

Nokia 5800 Xpressmusic



jadi pilih la mane satu yang anda suka
nokia ni harga die murah skit dari iphone tu
kira puas hati gak kalau dapat pakai

kereta yang aku impikan

Salam semua
lama sudah aku x mengupdate blog ni.
so ari ni aku nak cite ckit pasal kete kegemaran aku
minat gak aku kat kate yang sporty ni

antara kete tersebut ( subaru impreza STI version 8 )



kalau x dapat yang tu
aku nak pakai yang ni pulak ( subaru impreza STI version 9 )




Kedua-dua kete tu memng aku minat bentuk die memang cantik,
tapi aku minat kat EVO gak antara model yang menarik minat

( Mitsubishi EVO 7 )




( Mitsubishi EVO 8 )




( Mitsubishi EVO 9 )



semua model kete kat atas adalah kegemaran aku
aku kalau boleh la nak pakai salah satu kete yang kat atas tu
tapi kalau ade duit semuanya x ada masalah
so aku kene bekerja kuat untuk melaksanakan impian aku tu
insyaallah kalau ade rezeki dapat la satu sampai sni saje la ye
nanti kita sambng gan artikel yang lain pulak

Lirik Dan Sebenarnya - Yuna

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Tuesday, June 2, 2009

GERAKAN SUKARELA BELIA-PELAJAR SEBELUM MERDEKA

Di negara kita pertubuhan-pertubuhan belia formal mulai wujud pada zaman penjajahan British di sekitar awal abad ke 20. Pertubuhan-pertubuhan belia keagamaan-sosial seperti Young Men’s Christian Association dan YoungWomen’s Christian Association masing-masingnya diperkenalkan pada 1905 dan 1914 oleh pegawai-pegawai kolonial British di Malaya. Sebagai cawangan-cawangan YMCA dan YWCA Antarabangsa yang berpusat di Barat, pertubuhan-pertubuhan ini diwujudkan ketika itu untuk tujuan-tujuan kebajikan, riadah, keagamaan, dan ketaatan kepada pemerintah.

Di sekitar masa yang yang sama pertubuhan-pertubuhan beruniform juga ditubuhkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pasukan St.John Ambulans yang bergiat dalam perkhidmatan pertolongan cemas diperkenalkan dalam tahun 1908. Pasukan Pengakap bermula di sini pada 1910, manakala Pasukan Pandu Puteri pada 1917. Pertubuhan-pertubuhan beruniform ini juga bertujuan menanam semangat kesukarelawanan dan tolong-menolong, disiplin diri, dan kebajikan dalam kalangan pelajar sekolah.
Selain pertubuhan-pertubuhan di atas penjajah British juga menggalakkan pertubuhan-pertubuhan belia lain dalam kegiatan-kegiatan berbentuk sosial, riadah dan kebajikan sebagai suatu mekanisme pengawalan (control mechanism) ke atas anak-anak muda agar tidak terlibat dalam gerakan dan kegiatan politik yang boleh mencabar kekuasaan kolonial.

Hal ini ternyata sangat penting di sekitar 1930-an dan 1940-an apabila perjuangan antipenjajahan oleh gerakan reformis Islam, gerakan sosialis serta politik kiri, dan gerakan nasionalis menjadi lebih popular dan kuat. Penjajah bimbang kalau-kalau gerakan ini berjaya mempengaruhi lebih ramai orang-orang muda
Dalam konteks ini tidak hairanlah jika belia yang mempunyai semangat juang, idealisme dan potensi politik yang besar dilihat sebagai problematic group oleh penjajah. Penjajah sedar bahawa golongan muda ini perlu diawasi, dipantau, malah dikawal agar tidak lebih mengancam mereka.

Namun ini tidak bererti semua pertubuhan belia diwujudkan dengan pengaruh dan campurtangan penjajah. Terdapat pertubuhan-pertubuhan yang diusahakan sendiri oleh anak-anak muda tempatan seperti Persatuan Keharapan Belia dan Kelab Lubok di Johor, Ikatan Pemuda Pelajar (1929), Kesatuan Melayu Muda (1937) dan Gabongan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (1948).

Dengan kuasa di tangan mereka, dan sesuai dengan sifat (nature) penjajahannya maka penjajah terus mengawaasi kemunculan dan kegiatan pertubuhan-pertubuhan rakyat (termasuk belia-pelajar) di negara ini. Pertubuhan dan pergerakan yang dianggap boleh membahayakan kedudukannya akan ditekan, malah diharamkan. Kesatuan Melayu Muda yang aktif memperjuangkan isu-isu politik orang Melayu dianggap “duri dalam daging” yang mesti dikuburkan. Pelbagai tekanan dikenakan terhadap KMM termasuk penahanan pemimpin-pemimpinnya.



Dengan perisytiharan Darurat antiKomunis oleh penjajah pada 1948 dan dengan suasana darurat berterusan sehingga 1960 maka proses pengawasan dan kawalan terhadap pertubuhan dan pergerakan sukarela berterusan sepanjang 1950-an dan menjangkau era pascakolonial.



Salah satu cara kawalan mereka ialah menggalakkan penubuhan pertubuhan-pertubuhan belia dan menyalurkan bantuan moral-material bagi mengadakan kegiatan-kegiatan yang disifatkan “membina” (konstruktif). Umum mengetahui bahawa dengan proses penubuhan, pentadbiran dan kegiatan pertubuhan belia secara rasmi dan tertakluk kepada karenah birokrasi pemerintah, maka pertubuhan belia lebih mudah diawasi, dikawal dan didisiplinkan, justeru bukan lagi bersifat sukarela sebenarnya. Pertubuhan belia dan pemimpin mereka juga diberi pengiktirafan dalam pelbagai bentuk dan, secara sedar atau tidak, diserap (incorporated) ke dalam proses politik dan pentadbiran penjajah.

Begitu juga, sehubungan itu, suatu struktur dan rangkaian organisasi belia diperlukan bagi memudahkan pengurusan, pemantauan dan kawalan. Seperti juga mereka mengadakan badan penyelaras belia di Britain, di Malaya sebuah badan induk – Majlis Belia Malaya (ketika itu) – selaku badan induk menggabungkan dan menyelaraskan pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini ditubuhkan pada 1948, dan dirasmikan pada September 1950.
Ekoran itu majlis-majlis belia negeri yang lain turut diwujudkan, manakala di peringkat kerajaan, Bahagian Perkhidmatan Belia diadakan di bawah Kementerian Kebajikan Sosial pada 1953 selaku penasihat dan perunding dalam hal-ehwal belia.

Pengawasan, kawalan dan proses inkorporasi pertubuhan belia berterusan sehingga menjelang kemerdekaan. Akibatnya pergerakan belia lebih berbentuk suatu appendage kepada jentera pemerintahan negara.

Di sekitar kemerdekaan peranan beberapa orang pemimpin sayap pemuda parti-parti politik kelihatan lebih menonjol dalam pergerakan belia kebangsaan. Perhubungan mereka dengan pemerintah (penjajah) bersifat simbiotik, yakni saling memerlukan dan mendapat faedah. Bagi pemimpin belia ia boleh dilihat sebagai suatu keperluan untuk mengkosolidasikan kedudukan dan pengaruh politik mereka, manakala bagi pemerintah ia penting untuk terus memantau dan mengawal belia.



Keadaan sedemikian tidak syak turut membentuk “ideology” dan orientasi pergerakan belia sehingga melampaui era penjajahan itu sendiri. Dari perspektif ini tidak hairanlah jika pergerakan belia arus utama tidak berupaya menjadi suatu tenaga yang bebas, kuat dan berpengaruh.