Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji [12].
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"[13].
Pengajaran dari ayat;
- Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup
- Berakhlak mulia adalah identiti umat Islam
- Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibubapa
- Orang yang beriman akan berwaspada dan menjaga diri daripada melakukan
perkara yang merosakkan iman
- Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibu bapa
- Kesabaran amat penting dalam kehidupan ketika melaksanakan ibadat
No comments:
Post a Comment