Siapakah belia-pelajar dalam masyarakat? Di mana-mana, belia-pelajar merupakan sebahagian integral masyarakat (yakni, sebahagian yang tak terpisahkan). Generasi muda turut merasa dan mengalami apa yang dialami masyarakat. Ya! Mereka turut gembira atau kecewa bersama masyarakatnya, justeru turut terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi kepentingan masyarakat dan negaranya. Penampilan orang-rang muda secara lantang, malah disebut radikal, dalam isu-isu kemasyarakatan dikatakan mungkin didorong oleh perubahan dan pergolakan pscho-biological yang dialami di tahap perkembangan mereka.
Keinginan, malah keterlibatan generasi muda dalam hal-hal kepentingan masyarakat ini juga dikatakan didorong oleh naluri ingin berkhidmat/melakukan kebaikan kepada masyarakat (altruisme), dan juga oleh sikap keperihatinan sosial yang terjana dari didikan (nurture), proses sosialisasi, dan nilai-nilai kebersamaan dalam sesuatu kolektiviti. Generasi muda rata-ratanya mempunyai idealisme yang mendorong mereka untuk tampil melahirkan isi hati dan menolak dasar dan amalan yang dilihat sebagai merugikan masyarakat. Selain itu, melalui penglibatan mereka generasi muda ini juga mahukan penghargaan dan pengiktirafan daripada masyarakat. They want to be counted, not ignored!
Dengan bilangan mereka yang ramai – di negara kita di sekitar 40% daripada jumlah penduduk, sebagai contoh – belia-pelajar dan pertubuhan mereka jelas merupakan tenaga besar dan penting bagi sesuatu perubahan sosial. Golongan-golongan lain, termasuk pemerintah, melihat mereka sebagai vehicle dan saluran yang berkesan ”untuk menyebarkan nilai-nilai moden dan penghaluan sistem ekonomi”, sebagai tempat melatih bakal-bakal pemimpin, sebagai alat perhubungan atau juga selaku pihak yang berpengaruh dalam masyarakat…
bumi dipijak langit dijunjung mari berfikir luar tempurong tak kira pangkat ataupun darjat limpah kurnia gelombang cinta
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Wednesday, May 27, 2009
Kesukarelawan
Kesukarelawanan suatu skop yang luas – ia melibatkan penyertaan aktif anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan (pendidikan, ekonomi, ketatanegaraan, keagamaan, kepenggunaan, alam sekitar, kepekaan gender, kebajikan, belia, dll.) Meninjau beberapa aspek penting kesukarelawanan seperti teori dan konsep, prinsip dan etika, makna dan matlamat, pembangunan dan pengurusan sukarelawan, pertubuhan dan pergerakan sukarela, dan sebagainya itu boleh memberi banyak pengajaran tentang kepentingan, relevansi, sumbangan dan potensi kerja sukarela dalam masyarakat.
Namun, bagi kalangan generasi muda, mengimbas kembali perkembangan gerakan belia-pelajar dalam sejarah (kita) bukan sekadar suatu pengalaman pembelajaran, tetapi juga suatu proses kesedaran (penginsafan?) yang dinamik yang mampu mencetuskan keiginan untuk terjun ke tengah gelanggang dan menyumbang!. Oleh itu pembentangan saya akan memfokus kepada perkembangan gerakan belia-pelajar kita dalam sejarah – isu-isu dan persoalan yang menyentuh nurani mereka, sikap dan penglibatan mereka, serta perspektif dan orientasi kepimpinan mereka.

Saturday, May 16, 2009
Bunga Sirih untuk Guru
Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu
Thursday, May 14, 2009
Ingatlah Kepada Ibumu
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu….
Tuesday, May 5, 2009
UKM jelaskan punca yuran kolej naik
KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mahu menyelaraskan kadar bayaran yuran untuk semua 13 buah kolej kediamannya merupakan punca yuran asrama beberapa buah kolej terbabit akan naik.
Penyelarasan yuran itu yang kini masih di peringkat perbincangan bakal menyaksikan kadar yang dikenakan sekarang iaitu di antara RM2.50 sehingga RM5.50 sehari diselaraskan kepada kadar di antara RM3 hingga RM4 sehari.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak berkata, penyelarasan itu tidak dapat dielakkan ekoran kadar bayaran yuran yang berbeza di universiti itu mengikut kolej.
Katanya, penyelarasan yang akan diputuskan Majlis Pengurusan Universiti itu bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pelajar yang membayar yuran kolej mengikut kadar yang berbeza.
"Hasil keputusan itu nanti akan turut melibatkan pandangan daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPPUKM).
"Perkara itu (penyelarasan yuran) sememangnya dalam perbincangan namun ia tidak dilakukan dalam masa terdekat ini kerana pihak universiti faham dengan keadaan pelajar lebih-lebih lagi di saat kelembapan ekonomi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)