Kesukarelawanan suatu skop yang luas – ia melibatkan penyertaan aktif anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan (pendidikan, ekonomi, ketatanegaraan, keagamaan, kepenggunaan, alam sekitar, kepekaan gender, kebajikan, belia, dll.) Meninjau beberapa aspek penting kesukarelawanan seperti teori dan konsep, prinsip dan etika, makna dan matlamat, pembangunan dan pengurusan sukarelawan, pertubuhan dan pergerakan sukarela, dan sebagainya itu boleh memberi banyak pengajaran tentang kepentingan, relevansi, sumbangan dan potensi kerja sukarela dalam masyarakat.
Namun, bagi kalangan generasi muda, mengimbas kembali perkembangan gerakan belia-pelajar dalam sejarah (kita) bukan sekadar suatu pengalaman pembelajaran, tetapi juga suatu proses kesedaran (penginsafan?) yang dinamik yang mampu mencetuskan keiginan untuk terjun ke tengah gelanggang dan menyumbang!. Oleh itu pembentangan saya akan memfokus kepada perkembangan gerakan belia-pelajar kita dalam sejarah – isu-isu dan persoalan yang menyentuh nurani mereka, sikap dan penglibatan mereka, serta perspektif dan orientasi kepimpinan mereka.
No comments:
Post a Comment