Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Friday, August 20, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah : 13 Mei 1969



Melayu sudah jatuh. Kuala Lumpur sekarang Cina punya. Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu .
Penyapu-penyapu besar pada lori diikat: Simbol untuk menghalau orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.

13 Mei 2010 ini genap 41 tahun peristiwa berdarah yang meninggalkan pelbagai memori membabitkan kerapuhan hubungan kaum di Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) ketika itu. Peristiwa yang menyaksikan bagaimana hubungan dua kaum terbesar di Malaysia itu tegang disebabkan mainan sentimen perkauman.

Peristiwa Pilihanraya Umum 1969 yang mana memperlihatkan tindak-tanduk menderhaka politikus haloba yang senang memainkan sentimen sensitif kerana dirasuk oleh semangat cintakan kuasa yang mana akhirnya terus-menerus membakar semangat perkauman hingga mendorong kepada terjadinya perbalahan kaum.

Sebenarnya semangat perkauman ini wujud akibat daripada pelbagai faktor. Antara faktor penyumbangnya adalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu selain kesan daripada amalan sistem pentadbiran yang digunapakai oleh penjajah Inggeris terutamanya amalan-amalan diskriminasi yang secara langsung ataupun tidak berperanan merenggangkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu.

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina misalnya, telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang- Melayu dengan orang Cina.

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenalpasti sebelum ini sebagai penyebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Rasa kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan irihati yang berterusan di kalangan masyarakat.

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya, orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat. Sementara orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.

Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera, khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosioekonomi mereka tidak seimbang. Suasana seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Merangkumkan kesemua formula ini menjadikannya satu senjata pemusnah yang hebat. Menerusi kemenangan sedikit itu jugalah memperlihatkan suatu tindakan megah yang melampaui batasan seakan dihalalkan. Lantaran berasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu, mereka dengan angkuh mengeluarkan kata-kata yang menghina.

Menelusuri rentetan peristiwa pahit ini, apa yang dapat disimpulkan adalah ia bukan sahaja mempamerkan sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan; sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara dan bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial serta ekonomi. Andai kata petanda-petanda yang diperoleh itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Sesungguhnya menerusi sejarah kita belajar melihat kesan dan akibat sesuatu perbuatan dan keputusan. Menerusi sejarah juga seharusnya kita menelusi makna ukhwah dan keharmonian yang hakiki.

No comments: