Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sunday, September 19, 2010

Khalid Samad Ada Agenda Untuk Liberalisasikan Islam



17 September 2010, Khalid Samad dalam satu entri bertajuk "UMNO, Kura-Kura dan Perahu" telah mendedahkan satu gambar menyatakan Kamalanathan (Ahli Parlimen Hulu Selangor) telah masuk ke tempat solat dalam Masjid Sungai Tengi Selatan. Gambar di atas disiarkan dalam blog Khalid Samad, namun gambar tersebut dipotong di bahagian bawah dan tidak menampakan kaki Kamalanathan. Pembaca hanya ditunjukkan bahagian belakang yang bertulis paparan ayat suci Al Quran seolah tempat tersebut adalah tempat imam bersolat.




Ini gambar sebenar yang menunjukkan kaki Kamalanathan yang sebenar (baca sini). Nampaknya Khalid Samad telah berbohong dan tidak menunjukkan gambar yang sebenar. Memusingkan cerita untuk membela dan menghalalkan tindakan berterusan DAP masuk ke masjid di Selangor. Kemurkaan Sultan tidak menghalang Khalid untuk terus pertahankan DAP. Mengapa Khalid Samad tidak komen bila Teo Nie Ching membuat pengakuan seperti ini, "saya yakin penuh dengan agama sendiri (kristian), dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesus boleh dikalahkan oleh ilmu sihir?" kata Teo Nie Ching dalam Malaysian Insider, 4 September 2010. Sudah jelas dan terbongkar niat sebenar DAP merayu undi dalam surau dan masjid. Bila masa Islam gunakan sihir untuk pengaruhi saudara baru?



Gambar ini dengan jelas menunjukan tempat majlis tersebut diadakan adalah di beranda masjid bukan ruang utama solat masjid. Khalid Samad perlu menarik balik gambar dalam blognya dan memohon maaf atas pembohongan yang telah dilakukan. Tindakan Khalid ini telah mengelirukan umat Islam. Khalid telah membelakangkan titah Sultan dan sengaja mencipta polemik yang berterusan untuk membela rakannya dalam DAP. Khalid sendiri sudah masuk ke kilang arak dan gereja untuk berkempen. Mengapa tidak ditempat yang Khalid pergi itu, DAP yang pergi bukannya Khalid. Terbalik pula jadinya.

Tidak hairanlah pada 21 Januari 2010, Khalid Samad menyatakan bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman. Pada 27 Mac 2008, Khalid Samad menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Beberapa kenyataan Khalid ini mendedahkan niat sebenar Khalid adalah untuk agenda meliberalisasikan Islam.

No comments: