Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Thursday, June 3, 2010

Scandal dalam KOHILAL

KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. Dianggarkan terdapat 23,000 orang ahli KOHILAL di seluruh negara. Setiap ahli KOHILAL dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

Pada awal ... See Morepenubuhannya pada tahun 1986, anggotanya hanyalah sekitar 156 orang. Jumlah itu meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002 sahaja.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta pada jangka masa tersebut.

KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 Jun1986. Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan Pada 19 Julai1986. Allahyarham Hj. Ismail Abdullah, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.

Lembaga Pengarah Kohilal adaah terdiri daripada:

Pengerusi: Hassan Shukri

Naib Pengerusi: Sheikh Abu Bakar Omar

Setiausaha: Mohd Ismath Habib Mohamad

Bendahari: Ali Maidin

Anggota Lembaga Pengarah:
Asimuddin Shamaan
Dr. Rayney Azmi Ali
Abdul Aziz Hassan
Syed Hamid Syed Mohamed
Wan Pauzi Yahya
Ahmad Subky Abdul Latif

Aktiviti Pelaburan KOHILAL termasuklah memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya.

Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri seperti:

• Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
• Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
• Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
• Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
• Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
• Koperasi PERAK, PERAK; dan
• Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”

Kismis dan tamar ini sering dijual dengan menggunakan nama Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan lain-lain dan mereka inilah menikmati keuntungan besar sedangkan ahli KOHILAL tidak mendapat apa-apa selain dapat menikmati kismis dan tamar.

Beberapa anak-anak syarikat KOHILAL masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar contohnya:
• Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.

Syarikat-syarikat tidak berdaftar tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.

Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.

Akibatnya, KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan kejahilan pihak pengurusan mengenai perniagaan. Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) dibuat tanpa sebarang perjanjian bertulis dan perbelanjaan keluar masuk juga tidak dikawalselia.

KOHILAL kini tidak mampu langsung membayar dividen kepada ahli. Manakan tidak, apabila sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.

Untuk menjaga maruah parti dan seterusnya menipu ahli, PAS sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum.

Pada tahun 1997, setiap pelabur di bawah KOHILAL akan dibayar dividen sehingga 10% setiap bulan atau 120% setahun dibayar secara tiga bulan sekali, melebihi ASN yang mana hanya mampu membayar 8% setahun. Simpanan Tetap Bank juga hanya mampu memberi pulangan sebanyak lebih kurang 4%. Dan simpanan melalui ‘Unit Trust’ pula hanya mampu memberi pulangan paling tinggi lebih kurang 12% bagi sesetengah saham. Justeru, bagaimanakh KOHILAL yang diuruskan oleh mereka-mereka yang tiada kelayakan dalam pengurusan kewangan boleh menjanjikan pulangan sedemikian tinggi?

Sesiapa sahaja yang arif tentang pelaburan dan perniagaan pasti tahu bahawa apa yang dijanjikan PAS melalui KOHILAL ini adalah tidak masuk akal sama sekali.

Hakikatnya, KOHILAL hanyalah satu skim cepat kaya yang jauh lebih kotor dari Pak Man Telo kerana ia menggunapakai nama Islam di bawah PAS. Kesemua wang kotor dari skim cepat kaya ini, wang dari dana milik waris mangsa Memali dan juga wang yang ditadah dari tabung-tabung ‘bocor’ PAS telah bercampur baur dengan darah mangsa Memali kini hanyir dan kering di tangan pemimpin PAS. Bayangkanlah, tangan itulah yang memegang mikrofon ceramah menjanjikan syurga kepada penyokong mereka.

No comments: