Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Thursday, October 28, 2010

Mengapa Melayu dipertikai di bumi sendiri - Zahid

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Orang Melayu harus berfikir secara kritis dan mencari sebab mengapa nasib, hak dan perjuangan mereka sering dipertikaikan di bumi sendiri, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sikap orang Melayu yang terlalu bertolak-ansur akhirnya akan menyebabkan maruah dan prinsip mereka dipermainkan sewenang-wenangnya oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

"Orang Melayu itu terlalu bertoleransi, orang Melayu itu terlalu kumulatif, orang Melayu sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.

"Jangan dengan sikap bertolak ansur ini, kita sanggup menanggalkan harta dan maruah keindukan kita...dengan mempasrahkan sebarang sistem nilai yang sedia ada pada kita untuk kita pasar-malamkan dan boleh dibeli dengan murah oleh sesiapa sahaja," katanya ketika berucap pada majlis perasmian buku 'Nasib Melayu di Bumi Melayu' di Perpustakaan Negara Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, buku hasil penulisan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah itu mampu mengubah persepsi tentang nasib Melayu yang mana ia akan dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan dinilai secara holistik.

sumber : Bernama

No comments: