Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Saturday, October 9, 2010

PKR sudah jadi seperti 'Keluarga 69'



KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kecelaruan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan siri kekecohan dan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mengambil haluan berbeza daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak ubah seperti 'Keluarga 69'.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, kekusutan tersebut menyebabkan ahli akar umbi pening kepala memilih barisan kepimpinan parti itu kerana bukan lagi rahsia bahawa Anwar sudah tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarganya.

"Ahli PKR kini keliru dan sukar untuk memahami hala tuju parti kerana di kala calon Timbalan Presiden, Azmin Ali gah dengan sokongan Anwar, tiba-tiba Nurul Izzah tampil menyatakan sokongan terhadap seorang lagi calon bagi jawatan itu iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

"Kemudian Zaid pula sedia memberi laluan jika Nurul Izzah berhasrat menentang Azmin, malah sanggup bekerja bagi menjamin kemenangan pemimpin muda itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan wujud keretakan dalam keluarga Anwar.

"Perkembangan yang haru-biru ini tidak ubah seperti kisah dalam filem Keluarga 69 arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee walaupun hanya enam watak utama berada di sebalik semua kemelut ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas senario terbaru dalam pemilihan PKR apabila Zaid tiba-tiba menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berhasrat merebut jawatan nombor dua parti.

Zaid yang menerima pencalonan kedua tertinggi bagi jawatan timbalan presiden berkata, beliau sanggup membuat pengorbanan itu kerana yakin Nurul Izzah mampu membawa perubahan selain berkeupayaan untuk menarik ahli profesional muda.

Dalam pada itu, Mohd. Nazmi mendakwa semakin ramai pemimpin dan ahli PKR meluat serta bosan dengan drama keluarga yang mewarnai pemilihan parti itu kerana mereka sedar apa juga kesudahan, parti itu hanya milik ahli keluarga Anwar


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

No comments: