Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Thursday, October 28, 2010

Remaja Malaysia kurang seronok



BELIA di negara ini bukan sahaja merupakan satu kelompok terbesar malah mereka merupakan penyumbang utama di dalam sektor ekonomi, sosial dan politik negara.

Berdasarkan statistik penduduk negara, sehingga akhir tahun 2008, jumlah penduduk Malaysia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun adalah seramai 11.2 juta. Ia mewakili 41 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah 27.2 juta orang (Statistik Penduduk Malaysia, 2008).

Rata-rata kumpulan ini belum lagi berada di peringkat pimpinan tertinggi dalam semua sektor tetapi merupakan tonggak utama yang akan menentukan kejayaan atau juga menggagalkan perancangan dasar negara ini.

Begitu pun, menurut kaji selidik sebuah komuniti online tempatan baru-baru ini mendapati majoriti remaja di negara ini bosan dengan kehidupan mereka.

Kehidupan harian mereka dikatakan terlalu biasa sehingga mendorong kepada rasa bosan dan murung.

Kajian yang membabitkan 2,000 responden berusia 18 hingga 23 tahun oleh YouthSays.com mendapati 99.3 peratus daripadanya mengakui ketika peringkat usia begitu kehidupan mereka sepatutnya menggembirakan. Manakala 98 peratus lagi bersetuju bahawa mencuba sesuatu yang baru lebih menyeronokkan.

Namun hasil daripada kajian tersebut juga mendapati hanya 22.9 peratus responden bersetuju kehidupan mereka menyeronokkan.

Pengarah Eksekutif Youth Asia, Joel Neoh berkata, pihaknya prihatin dengan perkembangan serta gaya hidup golongan muda di negara ini.

''Maklum balas yang diperoleh daripada kaji selidik ini bukan sahaja memberi maklumat baru kepada kami, malah ia turut menyedarkan kami bahawa satu platform kekal harus diwujudkan bagi dijadikan sumber kepada golongan muda di negara ini mencapai kehidupan yang lebih menyeronokkan.

''Dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan ini (belia), kita juga seharusnya tahu bagaimana hendak 'memikat' hati mereka dengan melakukan perkara-perkara yang disukai mereka," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menerusi kaji selidik tersebut, YouthSays.com turut mendapati responden cenderung menyalahkan pihak lain sebagai faktor yang mempengaruhi keseronokan atau kebosanan kehidupan seharian mereka.

Ini dapat dibuktikan apabila 57 peratus responden tidak berpuas hati dengan pensyarah atau majikan, 29 peratus tidak puas hati terhadap ibu bapa manakala 67 peratus responden lagi tidak berpuas hati dengan diri sendiri.

Melalui kajian tersebut turut mendapati kali terakhir mereka merasa seronok ialah ketika sambutan ulang tahun dan meraikan hari istimewa lain.

Sehubungan itu, ujar Neoh, sebagai langkah mengatasi kebosanan golongan muda di negara ini, selain menganjurkan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik, Youth Asia turut memperkenalkan komuniti online terbaru.

Bermula 1 September lalu, GroupsMore, satu laman web yang baru dilancarkan merupakan laman web yang menawarkan pelbagai diskaun untuk pelbagai aktiviti menyeronokkan.

''Laman web tersebut dilancarkan untuk golongan belia dan ia merupakan satu laman web yang menyeronokkan.

''Ia turut dibina dengan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memberikan yang terbaik kepada golongan belia di negara ini menjalani rutin harian tanpa rasa bosan.

''GroupsMore juga merupakan sebuah laman web yang memberikan pelbagai alasan untuk anda mencuba sesuatu yang baru setiap hari,'' katanya.

Antara aktiviti-aktiviti yang tersenarai di dalam laman web tersebut ialah aktiviti memanah, meluncur ais, melancong, menikmati pelbagai makanan yang lazat dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, malah mereka yang menyertai laman web tersebut bakal menikmati potongan harga lebih daripada 50 peratus.

Jadi, kepada remaja dan belia di luar sana, layarilah laman web GroupMore untuk mendapat lebih maklumat, tip serta faedah yang menguntungkan setiap hari.

No comments: