Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Thursday, January 20, 2011

Pemilihan anak jati Labis direstui penduduk

LABIS: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, yakin calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim (kanan), mampu mengikut jejak langkah arwah bapanya, Ibrahim Daud, yang banyak berjasa kepada masyarakat ketika berkhidmat sebagai ADUN Tenang sebelum ini.

Beberapa penduduk dalam DUN Tenang yang ditemui, menyifatkan pemilihan Mohd Azahar sebagai calon BN adalah tepat dan bakal memberi manfaat kepada mereka, berikutan pengalaman luasnya sebagai penjawat awam yang banyak mendampingi dan membantu rakyat selama ini.
Peniaga, Abas Abdul Rahman, 62, berkata pemilihan Mohd Azahar sebagai bakal calon BN adalah kejutan manis bagi penduduk di sini.
"Mohd Azahar bukanlah asing bagi penduduk Tenang, arwah bapanya ketika menjadi ADUN adalah antara pemimpin UMNO paling dikenali dan disayangi penduduk.

"Walaupun tidak mengenalinya secara peribadi, saya percaya beliau mewarisi sifat merendah diri dan senang bergaul seperti bapanya yang bukan saja tidak kekok bersama masyarakat, malah senang didekati," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Suri rumah, Nottiarah Ali, 50, berkata pemilihan bekas Penolong Pentadbir Tanah yang pernah berkhidmat di Kluang, Segamat dan Rengit itu sebagai calon BN adalah ibarat sireh pulang ke gagang apatah lagi beliau sememangnya anak jati Labis.

"Pemilihan Mohd Azahar adalah tepat berikutan beliau bukan saja boleh menggunakan pengalamannya sebagai penjawat awam untuk membangunkan DUN Tenang, malah beliau lebih memahami kehendak dan suara hati masyarakat setempat kerana dilahirkan, dibesarkan serta bersekolah di sini,” katanya.
Sementara itu, Datin Seri Noraini Yaakop, 35, yang juga balu kepada bekas ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, ketika ditemui berkata, sebagai anak jati Tenang, keluarganya akan memberi sokongan penuh terhadap Mohd Azahar yang akan bertanding menentang calon PAS, Normala Sudirman, 38.

"Mohd Azahar bukanlah orang asing dalam UMNO bahagian Labis dan masyarakat di sini memang mengenalinya sebagai anak muda yang sederhana, cukup disenangi dan berbudi pekerti,” katanya.

berita harian (21/01/2011)

No comments: