Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Friday, May 21, 2010

Imbangan Antara Kerja dan Kehidupan Peribadi

Dua belas bulan telah berlalu sejak saya mengambil alih pentadbiran kerajaan pada April 2009. Banyak yang telah berlaku dalam tempoh tersebut. Ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan, walaupun bidang kuasa yang diberikan telah menghasilkan permintaan yang luar biasa untuk disampaikan kepada Rakyat. Sebagaimana saya bekerja dan memberikan kepercayaan kepada kabinet saya dengan peningkatan kecekapan bagi memastikan pencapaian yang lebih pantas, saya juga menggesa dan mencabar diri saya untuk mencapai satu tahap yang boleh diteladani. Sudah tidak dapat dielakkan lagi, dengan ketegasan ini, siang saya bertambah singkat dan malam saya bertambah panjang. Barangkali dengan permintaan sebegini saya menemui pengertian yang besar dalam perkara-perkara kecil seperti senyuman dan salaman yang mesra dan dengan tulus ikhlas daripada rakyat biasa Malaysia yang kadang-kala juga memberikan saya rasa takjub seperti bersalam-salaman dengan pemimpin-pemimpin dunia.

Saya pasti ramai daripada anda yang bersetuju dengan saya bahawa amat penting bagi kita untuk mempunyai kehidupan yang seimbang antara kerja dan kehidupan peribadi. Ia bukan hanya memberikan kelapangan waktu kualiti untuk dihabiskan dengan keluarga dan rakan-rakan, malah kehidupan seimbang boleh meningkatkan produktiviti, pemikiran dan dalam membuat keputusan. Kita semua memerlukan waktu senggang dan saya dapati bahawa senaman terutamanya boleh memberikan ketenteraman dan tenaga kepada perjalanan harian saya, membuatkan saya dapat memberikan tumpuan yang lebih baik kepada perkara-perkara penting dan meningkatkan pencapaian waktu produktif.

Melaksanakan kerja-kerja yang sama dua atau tiga kali seminggu membolehkan saya menambah keyakinan diri dan keselesaan merupakan satu lagi keperluan penting yang dikaitkan dengan jawatan saya: perjalanan. Dari semasa ke semasa, saya melawat dunia luar atas urusan rasmi, begitu juga negeri-negeri dalam Malaysia, dan lawatan-lawatan ini boleh jadi begitu intensif sekali. Di arena antarabangsa, kita mesti terus menempatkan Malaysia secara positif. Ini penting kerana kita sebuah negara ekonomi terbuka yang kecil dan banyak bergantung kepada perdagangan antarabangsa.

Sudah tentu ada juga tempoh-tempoh berehat yang tidak melibatkan aktiviti kardiovaskular, dan saya gemar membaca pada waktu-waktu yang sungguh berharga ini. Biasanya saya akan membaca beberapa buah buku pada sesuatu waktu, yang terakhir ialah 'When China Rules The World' karya Martin Jacque dan 'Blink' oleh Malcolm Gladwell. Meskipun peluang itu datang jarang-jarang sekali akhir-akhir ini, namun apabila boleh, saya cuba bermain golf atau menonton televisyen.

Bila saya melihat dan memikirkan tentang sasaran-sasaran penting yang telah kita sama-sama tetapkan pada 2010, saya terima bahawa pelaksanaannya pada bulan-bulan yang akan datang ini mungkin tidak sentiasa lancar dan licin. Namun, saya percaya dengan berkongsi bebanan dan sama-sama mengemudi ke haluan yang sama, kita akan mencapai matlamat kita.

Sumber : Dato Seri Najib Tun Razak
Blog 1 Malaysia : http://www.1malaysia.com.my/bm/6536-the-balance-of-work-and-personal-life#readmore

No comments: